Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillah.
Sabda nabi saw "jadilah kita orang yang menyukai dan disukai". Sukar dilaksanakan tetapi mudah untuk bercakap soal ini.
Sekarang ini, di UKM adalah dalam fasa Pilihan Raya Kampus (PRK), pelbagai masalah ataupun konflik dalaman sesama kawan mahupun lawan timbul. Diri yang lemah ini juga tidak terlepas dari perkara tersebut memandangkan sebelum ini memegang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan UKM yang saya kira pelbagai mehnah dan tribulasi perlu diharungi bermula dari awal hingga akhir tampuk pemerintahan.
Masalah yang timbul bilamana tibanya musim PRK adalah seperti mendedahkan aib orang lain, bergaduh sehingga keterlaluan disebabkan perbezaan pemikiran, ramai yang outspoken untuk menarik perhatian orang lain untuk bersama-sama mereka sedangkan percakapannya itu menyebabkan hati sesetengah pihak terguris dan pelbagai perkara lagi yang berlaku bilamana mahasiswa tampil menyatakan pendirian masing-masing.
Mengapa penyindiran ini wujud bila tiba PRK? jika sebelum PRK, silaturahim tersebut tidak tercalar langsung. Selain itu, mengapa penjelasan pihak tertentu tidak menjadi keutamaan sebelum membuat tuduhan? Mengapa berlaku perbalahan yang menyebabkan orang lain bosan dengan PRK sedangkan pertukaran fikiran tidak berlaku secara menyeluruh? Bukankan PRK ini membuka laluan kepada seluruh mahasiswa/i untuk menilai dan memilih laluan yang disukai melalui manifesto yang dihasilkan. Oleh itu, pertukaran idea dan buah fikir perlu diperluaskan kerana manifesto merupakan salah satu buah fikiran calon yang bertanding.
Mahasiswa/i UKM perlu sedar bahawa masalah ini sememangnya berlaku dalam pilihan raya kampus UKM saban tahun. Ianya tidak lain tidak bukan hanyalah perbezaan pemikiran sahaja tetapi dibesar-besarkan sehingga riuh di laman sosial. Allah menciptakan kita mempunyai kelebihan masing-masing dan begitu juga pemikiran kita. Sememangnya kita berbeza pemikiran, buktinya kesukaan kita dalam memilih makanan juga berbeza-beza. Namun begitu, berlapang dada dan hormat-menghormati kita terapkan bilamana memilih untuk keluar makan bersama rakan-rakan yang lain walaupun kita berbeza kesukaan. Jelas nilai moral mahasiswa runtuh berikutan berlakunya pertelingkahan saban tahun hanya kerana PRK.
Saya juga mempunyai pengalaman dalam soal ini. Janji yang saya ditaburkan semasa menjadi calon dalam PRK tidak dapat dilaksanakan menyebabkan orang ramai melemparkan tuduhan saya ditak laksanakan janji tersebut. Seolah-olah usaha gigih saya sebelum ini tidak dihiraukan sedangkan perlaksanaan manifesto saya tersebut mempunyai kekangan yang sukar diatasi. Berikutan tidak mengambil penjelasan daripada orang yang sebenar sebelum membuat tuduhan maka timbullah suara-suara yang berlapis menyindir segala gerak kerja yang dilakukan sebelum ini. Inilah perkara yang berlaku semasa PRK. Sungguh perasaan kecewa dan sedih bilamana tuduhan yang dilemparkan adalah daripada sahabat handai yang dahulunya rakan seperjuangan. Itulah realiti di UKM, terkadang kawan dan terkadang lawan. Tiada masalah bagi saya kerana mungkin ia suatu proses pembelajaran untuk memperbaiki kekurangan diri ini. Faedah daripada pengalaman tersebut saya dapati bahawa gerak kerja mestilah diwarwarkan segera sama ada berjaya atau tidak dan juga tidak perlu malu untuk memaklumkan sekecil-kecil perkara yang telah dilakukan. Hal ini bukan untuk riak tetapi mengelakkan berlaku fitnah seperti pengalaman ini.
Justeru, penyelesaiannya tiada lain yang perlu diperbaiki akan tetapi diri sendiri yang perlu bersikap hormat-menghormati dan berlapang dada. Nabi saw menganjurkan kita supaya menyukai dan disukai melalui pergaulan, pertukaran fikiran, saling menasihati, memberi bantuan dan menerima bantuan dari orang lain. PRK bukan puncanya ! Saya lihat PRK medium terbaik untuk kita bertukar fikiran serta bergaul supaya lebih saling mengenali dan menyukai antara satu sama lain. Namun, puncanya adalah sikap mahasiswa itu sendiri perlu berubah daripada kebiasaan "menghentam" orang lain. Moga-moga PRK yang diadakan saban tahun tidak tercemar dengan perkara yang meruntuhkan akhlak islam yang digembar-gemburkan. InsyaAllah, tulisan ini menjadi muhasabah diri ini dan kepada mahasiswa/i UKM khususnya kerana saya sudah bosan melihat perkara kurang bermoral ini berlaku selama 4 tahun saya berada di UKM ini.
Sekian.
Mantan MPP 13/14
A138322 (Syed Mohd Najib Bin Syed Yahya)
Monday, 24 November 2014
Monday, 31 December 2012
Thursday, 20 December 2012
Gambar Bahan Bantu Mengajar
Pandangan Bahagian Hadapan
Pandangan Bahagian Belakang
Pandangan Bahagian Atas
Pandangan Bahagian Sisi
Pandangan Sudut (Sisi Hadapan)
Pandangan Sudut (Bahagian Belakang)
Pandangan Sudut (Bahagian Hadapan)
Padangan Sudut (Bahagian Belakang)
Zoom out (Bahagian Atas)
Zoom in (Bahagian Atas)
Zoom in (Bahagian Hadapan)
Esei Strategi Pengajaran
1.0 PENDAHULUAN
Dekad
1959 mencatatkan sejarah penggunaan teknologi maklumat pertama di sekolah
dengan penggunaan perisian IBM 650, pada pertengahan 1970an terdapat pergerakan
yang menjurus ke arah computer-based instruction (CBI) yang juga
dikenali sebagai computer-assisted instruction (CAI). Pengenalan
bahasa komputer Coursewriter yang mengkhusus kepada pembinaan
perisian kursus atau perisian pengajaran.Penggunaan teknologi maklumat ini
ialah untuk menyokong pembelajaran masteri melalui sistem Computer-Managed
Instruction (CMI). Pada tahun 1977, diperkenalkan Komputer Mikro pertama
di sekolah.Sumber berasaskan komputer tidak lagi bergantung kepada bahan luar
sekolah seperti pejabat pendidikan daerah dan syarikat swasta.
Guru
berupaya menentukan apa yang mereka buat dengan komputer justeru membolehkan
pengurusan pendidikan berasaskan sekolah menjadi lebih mudah. Perisian komputer
mikro diperkenalkan dekad 1980an, ini merupakan sebahagian daripada penggunaan
teknologi maklumat, pembangunan alat pengarangan untuk pembangunan perisian
kursus (courseware authoring tools) diperkenalkan. Namun kesedaran betapa
sukar bagi guru meluangkan masa menggunakan alat pengarangan untuk membangunkan
perisian kursus menyebabkan kecenderungan terhadap pembangunan kursus menjadi
semakin pudar menjelang akhir 1980an. Penekanan terhadap penilaian kursus
meningkat apabila guru menganggap adalah lebih mudah membeli perisian kursus
berbanding membangunkannya sendiri. Pergerakan ke arah literasi komputer
bermula dengan penekanan kepada kemahiran menggunakan proses kata dan
pengaturcaraan. Perkembangan ini memuncak pada tahun 1985 dan menimbulkan
anggapan bahawa murid yang tidak mempunyai literasi komputer yang tinggi akan
ketinggalan.
Pada
tahun 1990an, literasi komputer disisih kerana para pendidik menganggap bahawa
literasi komputer tidak dapat dihubungkan kepada mana-mana kemahiran mata
pelajaran yang khusus.Menjelang 1990 peningkatan penggunaan sistem pembelajaran
bersepadu (ILS) melalui peningkatan penggunaan sistem rangkaian serta
pembangunan dan pembangunan multimedia.
Dekad
1990an mencatat sejarah penting apabila penggunaan secara meluas internet,
minat terhadap keupayaan menggunakan teknologi maklumat untuk berkomunikasi di
kalangan pendidik meningkat dan telah dapat mencetus penekanan terhadap literasi
teknologi bagi meningkatkan kualiti pendidikan.Justeru, pada tahun 2000 sistem
berasaskan simulasi, robotics dan situasi virtual (virtual reality)
diberi penekanan dalam mencetus kreativiti pelajar di sekolah.
2.0 APA
ITU INTEGRASI ICT?
Menurut
Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan
teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu
mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat
dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
dalam pengajaran dan pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Matlamat
utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid
memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.
Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses
pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam
P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat
membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT
ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai
satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran
serta memperoleh hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.
3.0 MENGAPA
PERLU INTEGRASI ICT?
Beberapa
kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa
stail pembelajaran di kalangan murid.Ada yang lebih selesa belajar secara
konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field
dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’.(Abdul Rahim
Saad, 2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak
atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang
belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah
faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat
pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid
ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran
berlaku.
Dalam
keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan
penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia
di samping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif
dibangunkan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik,
video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep.
Penggunaan
internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid
untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.
Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau
luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan
dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata
pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu
eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang
kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa
dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks
yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Melalui
penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan
sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan
guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah
dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi
meningkatkan komunikasi guru dan murid di samping mendapat ilmu baru
mengenai kebudayaan dan negara masing-masing.
Rosenberg
(2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru
untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada
murid-murid.Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti
masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah.Melalui
penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti
kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan
alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan
pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
4.0 STRATEGI
PENGAJARAN DALAM MENGGUNAKAN ICT
4.1 Model
Sebagai Pengguna ICT dalam Pentadbiran dan Memberi Respons
Antara
strategi pengajaran yang boleh diterapkan oleh guru dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran ialah menjadi model sebagai pengguna ICT dalam
pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Setiap guru harus menunjukkan
watak yang bercirikan model ICT supaya para pelajar lebih tertarik dengan gaya
atau kaedah penyampaian maklumat yang dilakukan. Dengan ini, para pelajar akan
berasa lebih senang untuk menerima maklumat dengan lebih cepat, padat dan ringkas.
Di samping itu, dengan adanya model sebagai penyampai maklumat, sesi pengajaran
dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan lebih efisien berbanding tanpa
menggunakan apa-apa bahan bantu mengajar. Hal ini demikian kerana setiap
pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan memerlukan cara pembelajaran
yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka sendiri. Ada sesetengah pelajar lebih
suka belajar dengan menggunakan ICT kerana lebih menyenangkan untuk memahami
maklumat yang disampaikan.
Untuk
menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya
disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi
membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.Bagi
melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus
menyediakan pelan pembangunan.Pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik
seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan
pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan
dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.
4.2 Pembelajaran
yang Mengaplikasi Teori Behaviorisme dan Kognitivisme
Selain
itu, strategi pengajaran yang harus digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan
kognitivisme. Kaedah ini merupakan pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT
untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi,
fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam
cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori.
Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial
direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model
transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid
sebagai penerima. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang
sesuai sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran serta melakukan
persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang
cemerlang dan lemah haruslah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat
penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang
berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan berbentuk
pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan
pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih
produktif.
Tambahan
itu, teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah,
pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui
interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan
sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT
sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta
meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah
dikumpul.
4.3 Pembelajaran
Secara Penerokaan
Pembelajaran
secara penerokaan juga boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara
teori konstruktivisme dengan pengajaran dan pembelajaran.Kaedah pembelajaran
ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada
ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet.Melalui pengumpulan
bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis
dalam penyelesaian masalah. Dalam proses pembelajaran ini guru perlu
menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan
menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam
memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan
persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada
perkara yang lebih penting.
Di
samping itu, penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT
digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM,
Internet, gerbang maklumat dan sebagainya. Ia juga menjadi medium untuk mengalami,
mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dalam kalangan diri
pelajar itu sendiri. Melalui kaedah penerokaan dalam pengajaran dan
pembelajaran juga membolehkan pelajar melihat demontrasi sesuatu kejadian yang
urutan babaknya boleh dikawal oleh mereka.Justeru, dalam pembelajaran
penerokaan, murid juga boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima
melalui ICT.Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya
menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
4.4 Pembelajaran
Secara Kolaboratif
Selain
itu, pembelajaran kolaboratif di dalam kelas juga merupakan salah satu strategi
pengajaran yang boleh dilakukan oleh para guru.Kaedah ini digunakan untuk
membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima
dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks,
grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan
di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu
guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan
disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam
pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan
pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan
percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi
murid-murid.
Strategi
guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran harus selaras
dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil
pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid. Kaedah kolaboratif ini
mempunyai kelebihan dalam menggunakan ICT. Antaranya ialah dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran
masing-masing, mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam
pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di
dalam kelas dan memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden
seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.
4.5 Menggunakan
Teknologi Maklumat
Seterusnya,
setiap guru harus mempunyai pengetahuan tentang teknologi maklumat yang hendak
digunakan semasa proses pengajaran. Oleh itu guru haruslah menguasai sepenuhnya
kemahiran menggunakan teknologi maklumat agar dapat membantu para pelajar. Guru
perlulah menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk mempelbagaikan cara
pengajaran bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta memudahkan pelajar
untuk memahami apa yang diajar. Penggunaan teknologi maklumat juga dapat
membantu interaksi antara pelajar dengan guru sewaktu pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
Namun
perubahan teknologi terlalu pantas untuk diikuti oleh guru. Sejarah menunjukkan
anjakan kepada perubahan teknologi komputer adalah terlalu pantas. Perubahan
teknologi ini tidak memungkinkan guru untuk mengikuti kesemuanya,
mempelajarinya dan mengaplikasikannya ke dalam bilik darjah. Oleh itu, guru
harus bersedia untuk mengadaptasi dan mempelajari teknologi sejauh mungkin
mengikut keperluan dan penggunaan di dalam bidang pendidikan. Tambahan pula,
guru sentiasa penting di dalam pendidikan. Era teknologi masa kini memerlukan
guru yang tahu menggunakan teknologi (technology savvy), pengajaran berpusatkan
pelajar dan juga guru sebagai moderator kepada proses pembelajaran. Oleh itu,
guru haruslah menitikberatkan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran berasaskan perkembangan kemajuan.
4.6 Pembelajaran
Secara Aplikasi
Internet
dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam
tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Di samping itu, ICT juga
membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan dengan cara lebih efektif berikutan
kemudahan mengakses maklumat amat mudah dilakukan. Hal ini menunjukkan bahawa
sistem pendidikan yang digunakan di negara ini adalah mengikut peredaran masa
kerana perlaksanaan pendidikan adalah berasaskan teknologi moden. Evans
dan Nation (2000) telah menyatakan bahawa penggunaan inovasi teknologi
baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam sistem pendidikan
antaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu
pendidikan, menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program
pendidikan, menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber
asli dan menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih meningkatkan kuasa dan
proses kognitif.
Charp
(2000), pula menyatakan bahawa kemajuan internet telah membawa perubahan
positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, berkerja, berkomunikasi
dan bermain. Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih
mencabar supaya dapat menguji minda pelajar ke tahap metakognisi. Selain itu,
pelajar juga akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya apabila melibatkan pembelajaran
yang menggunakan teknologi canggih seperti video dan sebagainya. Revolusi
internet yang wujud masa kini jelas menunjukkan bahawa internet bukan sahaja
menjadi alat untuk mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan
hubungan manusia untuk berkomunikasi.
4.7 Pembelajaran
Secara Komunikasi
ICT
juga berfungsi sebagai alat pemudah komunikasi kerana ia digunakan untuk
membolehkan murid dan guru berhubung walaupun berada di lokasi yang berbeza
dalam sesuatu masa. Komunikasi yang dapat dilakukan adalah dengan cara
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat melalui pelbagai medium sepertiemail, facebook, skype dan
sebagainya. Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang
digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Selain itu, listservs,News
groupsdan Chat juga merupakan perkhidmatan internet yang
membolehkan kita berkomunikasi secara berkumpulan yang mana
perbincangan dapat dilakukan bagi memudahkan semua orang menyelesaikan sesuatu
masalah.
Dalam
konteks pembelajaran di sekolah, perbincangan secara berkumpulan amat
ditekankan kerana dengan melakukan perbincangan akan dapat meningkatkan
pengetahuan seseorang serta dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam
membincangkan sesuatu perkara. Selain itu, kkomunikasi bukan sahaja melibatkan
perbincangan atau menghantar email, malah komunikasi juga dapat
disampaikan melalui video, grafik, serta animasi. Menurut kajian yang dilakukan
oleh pakar bahawa penghasilan video yang menarik serta dapat menarik perhatian
orang ramai adalah video yang dapat menerapkan nilai grafik dan animasi yang menarik.
Oleh itu, guru-guru sepatutnya menggunakan elemen ini sebagai satu platform
untuk menarik minat pelajar mereka dalam member tumpuan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
Komunikasi
secara ICT juga dapat membuka minda pelajar berikutan perbincangan yang
dilakukan boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negara. Hal ini seterusnya
dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran yang bersifat
secara global manakala perbincangan secara berkumpulan juga membuka lembaran
baru bagi pelajar untuk berfikir diluar kotak dengan idea-idea baru terbina
apabila pelbagai pendapat diberikan oleh rakan perbincangan.
5.0 PERANAN
GURU DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru
memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan pencapaian murid dari segi
akademik mahupun sahsiah. Gagal seorang doctor, mati seorang pesakit, mati
seorang guru, rosak satu generasi. Ayat tersebut mempunyai maksud yang mendalam
bagi seorang guru, bagi seorang pendidik yang menentukan generasi yang akan
datang. Kemajuan dalam bidang ICT telah mempengaruhi corak pengajaran dan
pembelajaran di Negara kita.Kemajuan ini turut menarik pencapaian murid ke
tahap yang lebih baik.Jadi seorang guru perlu memainkan peranannya dengan mahir
dengan teknologi terkini supaya boleh mengajar murid secara berkesan.
Peranan
guru yang pertama ialah memotivasikan murid. Seorang guru yang mahir dapat
menarik perhatian murid semasa mengajar.Kesan visual yang menarik mampu menarik
minat murid dan menggalakkan mereka untuk lebih aktif di dalam kelas. Visual
dan cara penyampaian yang menarik akan membantu murid lebih fokus di dalam
kelas. Guru yang mahir dalam ICT juga mampu melibatkan murid melalui
kerja-kerja penghasilan. Penghasilan kerja di sini bermaksud penghasilan kerja
berasaskan teknologi termasuk pemproses kata,hypermedia,grafik komputer dan
telekomunikasi. Murid akan menyukai aktiviti ini kerana bukan sahaja dapat
menambahkan ilmu, bahkan meningkatkan lagi kreativiti, dan keyakinan diri.
Hasil kerja yang baik pula akan membuat murid bangga kerana mereka mampu
menghasilkan kerja yang professional.
Peranan
yang kedua pula ialah menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran.Antara pendekatan pengajaran baru yang dapat memanfaatkan
teknologi maklumat termasuklah pembelajaran koperatif. Pembelajaran dalam
kumpulan kecil yang berasaskan tindakan koperatif dapat dipertingkatkan melalui
penggunaan multimedia, serta penghasilan projek kecil hypermedia, penyelidikan
dan interaksi secara on-line.
Peranan
yang ketiga ialah meningkatkan produktiviti guru itu sendiri.Apabila seorang
guru mahir menggunakan teknologi maklumat, guru tersebut dapat mengurangkan
beban pengurusan yang semakin meningkat.guru dapat mengurangkan masa bagi
penyimpanan rekod dan persediaan, mereka dapat menumpu lebih kepada menganalisa
kehendak pembelajaran murid berinteraksi dengan murid. Produktiviti guru
dapat dipertingkatkan dengan adanya kemahiran melalui latihan dalam
menggunakan pemproses kata, hamparan kerja, persembahan elektronik, pengkalan
data, penerbitan atas meja, komunikasi internet dan e-mail.
Peranan
yang keempat pula ialah meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk era
maklumat. Murid perlu mempelajari kemahiran belajar yang dapat menyediakan mereka
untuk menjadi pelajar sepanjang hayat dalam masyarakat berinformasi. Antara
kompetensi yang perlu untuk tujuan tersebut termasuklah literasi tentang
teknologi. Ini dinyatakan melalui piawaian National Education Tecnology
Standards for Students. Litersai maklumat, Johnson dan Eeisenberg (1996)
menyenaraikan enam kemahiran maklumat yang perlu dikuasai murid, iaitu
keupayaan mendefinisikan tugasan, strategi mencari maklumat, kemahiran lokasi
dan mengakses maklumat, kemahiran menggunakan maklumat, kemahiran mensintesis
dan kemahiran menilai maklumat. Literasi visual, masyarakat kini semakin banyak
menggunakan perwakilan visual untuk menyampaikan maklumat. Sehubungan dengan
itu guru perlu menyedari keperluan murid mempunyai literasi visual yang
lebih baik.
6.0 KESIMPULAN
Integrasi
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang penting dan
memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin
sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain
melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat
menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,
pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah
menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai
satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Rujukan
Zalina
Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan
Malaysia.
Skinner,
B.F.(1974). About behaviourism. London: Penguin Books
Piaget,
J. (1981). The psychology of intelligence. Littlefield, NJ: Adams &
Co.
Bahrudin
Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. (2001). Pembelajaran fizik
secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal, 1-1
Abdul
Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan
pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di
Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September
2001.
Tuesday, 4 December 2012
Teknologi Pendidikan
Tugasan 1 :
Alat Pencari Bakat Sukan
Guard
Bola Sepak Pintar
BIODATA
Name
: Syed Mohd Najib Bin Syed Yahya
No.
Matrik : A138322
Program
: Sarjana Muda Pendidikan Sukan & Rekreasi
Tahun
Pengajian : 2
Semesta
: 1 2011/2012
Tutorial
: Rabu 11a.m – 1 p.m (Makmal 3)
Facebook
: syed najib
No.
Tel : 017 909 2404
No.
Tel Rumah : 09 5678634
Alamat
Kolej : Bilik 216 K5B Kolej Aminuddin Baki
Alamat Rumah : A-2954 Lorong Tok
Sira 25, Medan Tok Sira, 25050 Kuantan, Pahang
Tugasan 2 :
Teknologi moden dalam sukan
Peranti yang akan memberi anda
tidur malam yang lebih selesa
Teknologi
yang mengesan kesihatan serta mengumpul pelbagai maklumat semasa tidur dengan
cara gelombang otak, gerakan, denyutan jantung, pernafasan, dan lain-lain. Ia
juga membantu anda memahami tabiat anda dari masa ke masa.
Walau
bagaimanapun, alat ini tidak dapat memberi maklumat diri setepatnya kerana
tidur mempunyai banyak factor yang membolehkan seseorang itu tidur seperti
alcohol, kopi, makan banyak dan cahaya terang.
Sarung
Tangan Berteknologi Skrin Sentuh
Kelebihan :-
- Mempunyai gabungan fabric yang berprestasi tinggi dan penggunaan teknologi moden
- Sentuhan yang terbaik dan efisyen terhadap rakan apabila tiba musim sejuk
- Membantu mengendalikan skrin sentuh seperti smart phone
- Dapat mengawal suhu badan ke tahap optimum
Pemanasan Badan Tanpa Wayar
Kelebihan :-
- Melegakan sakit otot , melancarkan peredaran darah dan mengurangkan bengkak
- Cirinya fleksibel dan boleh dilekatkan dibahagian-bahagian yang sesuai seperti paha, pinggang dan lain-lain
Terapi
Cahaya
Kelebihan :-
- Terapi visor dikatakan visor yang sesuai untuk menyampaikan yang betul cahaya terapeutik dalam usaha untuk mengatasi kesan-kesan keletihan
- mudah alih
- Satu trio putih dan beberapa serupa LED merah akan dapat memancarkan 800 dan 80 lux masing-masing, menyampaikan cahaya siang spektrum hanya dalam jumlah yang betul yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan
- menyekat pengeluaran hormon melatonin tidur, dan telah terbukti secara klinikal untuk menyebabkan peningkatan dalam tenaga dan kecerdasan.
- 20 hingga 30 minit pada waktu pagi untuk hasil yang optimum, dan anda juga boleh memilih untuk ganti antara terapi cahaya putih dan merah dengan menekan butang tunggal.
Inovasi
Teknologi Sukan – Pengadil Digital
Kelebihan :-
- Mengambil masa yang singkat untuk membuat keputusan
- Menjadi pengadil bantuan kepada pengadil sebenar.
- Dapat mengesan terjahan yang melibatkan kekasaran kepada pemain
- Membantu mengurangkan risiko kecederaan
Penilaian
Fisiologi
Kelebihan :-
- Dapat melakukan ujian darah
- Dapat melakukan ujian air liur dan air kencing
- Dapat menilai ujian tindak balas
- Dapat menganalisi prestasi
- Dapat melakukan ujian kadar denyutan jantung
Power
Balance
Pada penggunaan
seharian, POWER BALANCE terbukti dapat:-
- Meningkatkan kualiti tidur
- Meningkatkan kualiti imunisasi atau daya tahan tubuh
- Mengurangkan stress dan sakit
- Mencegah terjadinya mabuk di perjalanan.
Kelebihan :-
- berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan.
- bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten
Guard
Dalam bola sepak,
Diving tergolong dalam permainan bagi pemain yang licik. Setiap permainana yang
menjadi satu pelanggaran khususnya di bahagian bawah betis kaki akan
menyebabkan pemain boleh mengalami kecederaan. Oleh yang demikian, satu
teknologi telah dicipta untuk mengelakkan berlakunya sesuatu pelanggaran yang
membolehkan pihak lawan mendapat penalti percuma.Teknologi ini tidak banyak
digunakan di kalangan pemain hanya segelintir sahaja yang menggunakan teknologi
ini. Hal ini kerana teknologi ini tidak berapa mendapat sambutan di kalangan
pemain. Ini kerana alat ini merupakan satu teknologi yang tidak adil dan tidak
mendapat persetujuan ramai.
Teknologi ini
diletakkan diantara tumit dan mata kaki yang mana ia tidak mengganggu pemain
ketika beraksi. Penggunaan teknologi ini mampu mengatasi kelicikan pihak lawan
ketika beraksi. Selain itu, alat kecil ini juga dapat mengesan diving atau
kelicikan pemain pihak lawan ketika bermain. ini akan menjadikan pemain yang
memakai alat kecil ini akan mengetahui setiap gerak geri pihak lawan.
Bola Sepak Pintar
Teknologi pintar yang
telah diimplimentasikan dalam penghasilan Teamgeist II adalah penggunaan
lapangan. Penggunaan magnetic field yang telah gunakan dalam penghasilan
teknologi ini telah membolehkan membantu member maklumbalas pada masa yang
telah kepada centrel computer. Central computer ini merupakan satu teknologi
yang dapat mengesan kedudukan sebenar bola diats padang dan menghantar terus
kepada pengadil tentang sepakan atau kedudukan bola di dalam padang. Dengan
penggunaan lapangan megnetik serta bahan buatan bola sepak yang lebih stabil
dan tahan lasak. Sisitem ini dikatakan lebih tepat dan tidak terpengaruh kepada
faktor dalam permainan, cuaca buruk atau masalah teknikal dalaman.
Tugasan 3 :
Youtube
Wednesday, 25 January 2012
Assignment minggu ke 14
Minggu ini merupakan minggu terakhir membuat assignment bagi khusus komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini, tugasan yang diberikan adalah membuat database pelajar menggunakan open office base. Bagi membuat sisten maklumat pelajar boleh menggunakan database ini supaya memudahkan pengumpulan maklumat pelajar dilakukan.
Untuk membuat database, pada mulanya haruslah merancang bentuk soalan yang hendak diajukan kepada pelajar. Database ini mempunyai 4 peringkat yang perlu dibuat iaitu table, forms, queries, dan report. Peringkat ini mestilah dibuat mengikut turutan dan jika tidak mengikut peringkat tersebut maka database ini tidak dapat dibuat dengan sempurna.
Cara membuat database adalah seperti di bawah:
Pada mulanya buka open office base kemudian akan keluar database wizard dan klik next dan seterusnya klik finish seterusnya bagi nama file yang hendak dibuat tersebut untuk disave.
- step 1 : table
klik create table
isi maklumat dalam kotak tersebut. cohtoh maklumat :
Maklumat pada kolum pertama hendaklah sama maklumatnya dengan kolum pertama pada peringkat-peringkat lain dari segi huruf dan perkataannya serta pemilihan field type. Pada kotak field name isi kata kunci soalan. Pada kotak field type isikan text fix jika jawapan yang diinginkan bercampur huruf dengan nombor (A138322) atau perkataan sahaja (nama pelajar); jika jawapan itu dalam nombor sahaja pilih numberic.
tekan 'right clik' pada anak panah kemudian pilih primary key dan save.
jadikan table pada beberapa bahagian seperti di bawah
- step 2 : form
klik pada use wizard
kemudian pindahkan maklumat dari table ke dalam bentuk soal jawab. Caranya adalah :
seterusnya pilih bentuk soalan dan warna di nombor 5 dan 7. Kemudian klik 'finish'
contoh bentuk soalan yang terhasil
- step 3 : report
klik use wizard
pindahkan maklumat daripada form ke dalam bentuk report. Caranya adalah :
kemudian tekan pada nombor lima untuk pilih 'background' report yang ingin dihasilkan. Setelah selesai klik 'finish'
contoh report yang terhasil
Subscribe to:
Posts (Atom)


















.jpg)


+(1).jpg)














