Sunday, 18 December 2011

Assignment minggu ketujuh dan kelapan

Pada minggu ini kami diminta untuk menyiapkan tugasan statistik menggunakan kajian yang telah dibuat pada minggu sebelumnya. Statistik ini dibuat menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science).

Pada mula perisian ini perlu diinstal ke dalam komputer masing-masing bagi memudahkan teugasan disiapkan tetapi jika tidak berkeinginan maka boleh digunakan di makmal komputer yang mempunyai perisian SPSS ini.

Perisian Pasw statistik

Pertama sekali buka google doc untuk mengambil maklum soal selidik yang dilakukan sebelum ini. Kemudian buka title yang telah direkodkan



maklumat yang telah direkodkan

Selepas itu save maklumat tersebut. Kemudian buka PASW statistic dan klik type in data dan terus klik ok.


Kemudian isi maklumat dalam variable view. 
Langka-langkah:
1) masuk kata kunci pada kolum name contohnya umur /  soalan_1 dan sebagainya. 
2) Seterusnya kolum type ditulis numeric
3) width adalah 8
4) decimal adalah 1
5) label diisi dengan soalan
6) value perlu diberi kod  contohnya taip '1' untuk lelaki manakala perempuan adalah '2'.
7) missing dibiarkan kosong
8) colums biasanya 8 tetapi boleh dikecilkan mengikut variable 
9) ikut jenis ukuran data (scale,nominal, dan ordinal)




Selepas siap variable perlu masukkan data dalam data view. Klik ke semua kotak untuk mengisi data tersebut.


Kemudian perlu merge files dan  add cases. Pastikan variablenya adalah sama.



Seterusnya aktifkan variables. Caranya adalah buka brouwse dan pastikan variable sama.


Seterusnya perlu menganalisis data yang telah dibuat sebelum ini.
Caranya adalah:
  • Klik analisis pada menu dan gunakan diskriptif analisis dan klik pada frequensi.



  • Selepas itu letakkan variable dalam frequensi tersebut dan pastikan ianya betul.



Untuk mempersembahkan data ini dalam bentuk graf atau jadual, perlulah klik pada chart di frequensi itu tadi.

Hasilnya akan didapati seperti ini.



Kemudian perlu membuat report berkenaan kaji selidik ini menggunakan open office.org writer seperti ini :


Saturday, 19 November 2011

Membuat tugasan minggu ke 5 dan 6

Assalamualaikum....

Sudah lama mempelajari subjek ini sedar-sedar sudah masuk minggu ke 5 dan 6 .Pada minggu ini tugasan berkenaaan dengan kajian di dalam tajuk yang telah dipilih.Kajian atau lebih tepat lagi soal selidik ini dilakukan menggunakan survey monkey dan juga google doc.

Soal selidik  menggunakan survey monkey ini dilakukan setiap orang.Soal selidik ini telah diedarkan melalui teknologi maya iaitu menggunakan laman sesawang facebook kerana setiap orang dianggarkan mempunyai akaun facebook ini.Oleh itu,rakan-rakan akan dapat meluangkan masa untuk menjawab soalan ini serta menggunakan facebook juga memudahkan kerja kerana tidak perlu diedarkan kertas untuk orang lain menjawabnya.

Berikut adalah menunjukkan kajian yang di muat naik ke facebook saya untuk rakan-rakan saya melengkapkannya.

Di dalam kajian ini soalan  yang diberikan hanya sepuluh soalan.Jawapan yang diberikan pula akan dianalisis dan dijadikan carta untuk melihat perbezaan jawapan yang diberikan.


Berikut adalah soalan-soalan pilihan yang menggunakan survey monkey.Tujuan soalan ini dibuat adalah untuk mendapat maklum balas dari rakan-rakan saya berkenaan kajian yang dilakukan.Dengan maklum balas tersebut,keputusan dapat dianalisis dengan sempurna.

Seterusnya,kajian ini juga dilakukan dalam bentuk edaran kertas untuk di edarkan kepada pelajar di dalam kampus.Soalan yang di buat ini berbeza dengan soalan seperti di atas kerana ianya menggunakan google doc untuk membuat soalan.Bilangan soalan masih sama iaitu sebanyak sepuluh soalan tetapi soalannya berbeza dengan soalan yang menggunakan survey monkey.Hal ini kerana soalan yang di buat menggunakan google doc ini merupakan kerja berkumpulan dan keputusan yang diperoleh juga merupakan keputusan hasil penggabungan soalan ahli kumpulan di dalam survey monkey masing-masing.

Pada mulanya untuk membuat soalan menggunakan google doc perlulah memasuki laman web google doc iaitu pada laman web berikut https://docs.google.com/

Untuk membuat soalan,terdapat dua kaedah iaitu menggunakan document atau pun form.Soalan yang dibuat adalah digalakkan menggunakan form kerana bentuk jawapan dapat dipilih mengikut kesesuaian masing-masing contohnya jawapan boleh dibuat dalam bentuk pelbagai pilihan,skala,pilih dari senarai,kotak semak dan sebagainya.

Bentuk jawapan menggunakan bentuk pelbagai pilihan jawapan

Bentuk jawapan menggunakan bentuk kotak semak

Bentuk jawapan menggunakan bentuk skala

Soalan yang dibuat mengikut kreativiti masing-masing.Dengan menggunakan pelbagai cara yang ada dalam google doc ini maka keputusan juga dapat di peroleh dengan matlamat yang tepat berkenaan dengan soal selidik yang telah dilakukan.Berikut adalah beberapa contoh bentuk soalan yang dibuat menggunakan google doc.



Jawapan yang diberikan akan dikumpul untuk dimasukkan dalam data untuk dibuat analisis.Analisis ini akan dilakukan pada minggu 7 dan 8 dalam proses pembelajaran subjek komputer dalam pendidikan ini.Maklumat yang telah dikumpul ini akan dimasukkan dalam statistical package for social science (SPSS) pada minggu seterusnya.

Rumusan yang dapat saya lakukan pada minggu ini adalah penggunaan survey monkey ini dapat memudahkan dan mempercepatkan kajian dilaksanakan dengan sistematik.Google doc pula mempunyai kerja yang agak rumit tetapi kesannya juga lebih memberansangkan seperti data yang diperoleh hasil soal selidik melalui edaran kertas perlu dibuat statistik dan analisis.

Kedua-dua laman web ini juga mempunyai perbezaan,antaranya dari segi komunikasi dan kemahiran ICT.Jikalau mengguanakan survey monkey komunikasi tidaklah begitu berkesan kerana soalan hanya dilontarkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi rakan facebook kita berbanding dengan google doc,komunikasi dengan masyarakat dapat ditonjolkan untuk  meminta orang lain menjawab soalan tersebut.Berkenaan dengan kemahiran ICT pula google doc dapat memberi kemahiran menggunakan data melalui internet lebih daripada survey monkey kerana perlu memasukkan data sendiri di dalam komputer dan seterusnya perlu membuat analisis sendiri.Berbanding dengan survey monkey,keputusan data diperoleh dengan data yang sedia ada di dalam komputer dan cuma di proses oleh sistem sahaja maka dengan itu keputusan kajian terhasil dengan sendirinya.

Tuesday, 18 October 2011

Membuat Assignment Pada Minggu Ketiga dan Keempat

Assalamuailakum dan salam sejahtera..

Anda semua bagaimana?masih ceria dalam menuntut ilmu yang di fardhukan kepada kita sebagai umat islam atau masih di dalam kepompok yang lama seperti katak di bawah tempurung.Islam melarang umatnya tidak menuntut ilmu dan melarang umatnya tidak melakukan sesuatu kerja untuk menyara kehidupan mereka sendiri.Perkara ini banyak berlaku pada remaja di luar sana khususnya remaja yang baru tamat pengajian di sekolah dan tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, serta ia juga berlaku kepada mahasiswa yang sudah bergraduate.Mereka ini akan menyebabkan negara menghadapi masalah yang meruncingkan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menanggung rakyat yang kurang berpendapatan seperti mereka ini.Hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan cara sikap remaja itu sendiri perlu diubah dahulu sebelum tindakan lain diambil dengan cara yang lebih berkesan.

Kita perlu tahu bahawa masa kini banyak kemudahan-kemudahan canggih yang memberi faedah kepada kita semua.Kita semua perlu mempelajarinya agar kita tidak dilabelkan sebagai seorang yang ketinggalan dalam kehidupan ini.Oleh itu,dikesempatan ini saya ingin memberikan serba sedikit pengajaran atau pelajaran kepada anda semua terhadap apa yang telah saya pelajari dalam melaksanakan assignment yang diberikan.Tajuk assignment yang diberikan kepada saya berkenaan dengan 21st century skills atau jika di melayukan bermaksud adab kemahiran 21.

Pada era moden ini,semua orang perlu memperkukuhkan ilmu mereka setanding dengan teknologi yang semakin berkembang dari semamasa ke semasa.21st century skills merupakan satu matlamat untuk memperkembangkan ilmu teknologi moden kepada guru-guru masa kini agar dapat diterapkan dalam proses pengajaran.Disebabkan pelajar masa kini hidup dalam teknologi canggih seperti kemudahan internet dan sebagainya maka guru-guru juga perlu sealiran dengan mereka supaya guru tidak dianggap ketinggalan dalam teknologi semasa.Dalam 21st century skills ada diterapkan pekara yang guru perlu pelajari.Contohnya seperti mengetahui berkenaan dengan open source,mikrosof,software dan sebagainya.

                                                 

Selain itu, 21st century skills juga mempunyai cabaran antaranya adalah ramai guru yang kurang mahir dalam menggunakan teknologi ICT contohnya seperti komputer.Hal ini kerana teknologi ini tidak wujud pada zaman dahulu semasa guru-guru bersekolah tetapi wujud pada zaman mereka mengajar di sekolah.Guru-guru mesti mengubah cara pengajaran mereka di sekolah agar dapat melahirkan insan yang lebih kritis dan kreatif dalam berfikir.Dengan itu guru-guru harus mengubah konsep pengajaran secara tradisional kepada pengajaran secara moden.Sebelum mengajar konsep secara moden, guru-guru mestilah mahir dalam mengendalikan alatan canggih yang digunakan dalam sesi pembelajaran.Oleh itu, cabaran besar ini harus di tempuh oleh semua guru, mahu atau tidak perkara ini amat penting untuk kita melonjakkan negara setanding dengan negara lain.

Waluapun kita melihat bahawa cabaran melaksanakan 21st cntury skills ini besar tetapi ianya juga mempunyai faedah atau kebaikan kepada kita semua.Antaranya faedah yang kita perolehi adalah ramai pelajar akan mahir dalam menggunakan teknologi moden dan seterusnya akan melahirkan ramai buruh mahir yang mana pada hari ini banyak kekosongan jawatannya.Yang sedia adapun tidak mencapai kelayakan maksimum.Hal ini menampakkan bahawa tugas berat harus dipikul oleh guru-guru masa kini untuk melahirkan buruh mahir bagi negara.Jikalau 21st century skills ini berjaya dilakukan maka hasrat negara untuk setanding dengan negara lain di dunia ini tidak mustahil dapat dicapai.Perkara ini sebenarnya tidak mustahil kerana sudah ada negara lain yang maju disebabkan oleh penekanan yang diberikan dalam teknologi canggih kepada pelajar mereka.Cuba kita pada hari ini,China merupakan sebuah negara dari asia yang dapat bersaing dengan negara di eropah yang mana negara di eropah ini lebih maju daripada negara-negara di asia.Oleh kerana penekanan yang diberikan terhadap teknologi, China pada hari ini telah dapat mencipta pelbagai alatan canggih yang jauh lebih baik daripada negara-negara di eropah.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat bertanggungjawab kepada diri sendiri,ibu bapa dan kepada negara untuk menuntut ilmu dengan sebanyaknya.Kerja yang kita lakukan ini haruslah dilakukan dengan sebaiknya agar hasil yang kita perolehi adalah yang menakjubkan.Oleh itu saya mengharapkan dengan perkongsian ilmu berkenaan dengan 21st century skills ini dapat memberi input kepada anda semua dan semoga kita sama-sama mempelajari lebih banyak lagi  ilmu berkenaan dengan teknologi moden ini.

Sunday, 9 October 2011

Minggu Ke-2 Sesi Pembelajaran Komputer dalam Pendidikan

Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum w.b.t.Apa khabar anda semua,di harapkan semuanya sihat belaka.

Pada minggu lepas saya telah membincangkan berkenaan dengan pandangan dan pemahaman saya berkenaan dengan khusus komputer dalam pendidikan.Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya telah pelajari dan dapati daripada proses pembelajaran khusus ini.Sebelum itu saya ingin membawa anda semua merenung satu mutiara kata dari seorang tokoh terkemuka iaitu Nelson Mandela yang merupakan seorang aktivis dalam menentang dasar Apartied.Beliau telah mengatakan bahawa "pendidikan adalah senjata paling dasyat yang dapat kita guna untuk mengubah dunia".Hal ini sangat berkaitan dengan proses kehidupan kita seharian walaupun berlainan agama,negara,adat dan cara kehidupan

Pada minggu ini,saya telah diberi tugasan membuat yahoo group,group facebook,menghantar singnature dan memberi pandangan atau ulasan dalam blog seperti yang saya lakukan pada minggu lepas.Perkara ini sangat merunsing pada mulanya kerana sebelum ini saya dan rakan tidak pernah buat perkara tersebut dan memang menjadi satu masalah kepada semua orang untuk melakukan sesuatu perkara pada permulaannya.Namun demikian,dengan bimbingan pensyarah kami dapat melakukan sedikit demi sedikit.Hal ini juga disebabkan oleh tunjuk ajar yang sangat berguna yang diberikan oleh ketua koordinasi kami iaitu Dr.Siti Fatimah Mohd Yasssin tidak kira siang dan malam.

Minggu kali ini,telah banyak kami pelajari berkenaan IT masa  kini kerana tugasan yang diberikan bnyak berkenaan dengan komunikasi alam maya berikutan ianya lebih mudah,cepat dan tidak memerlukan kos untuk berkomunikasi.Jikalau menggunakan teknologi lain seperti sistem pesanan ringkas (SMS) atau perkhidmatan panggilan,ianya sangat berbeza berikutan penggunaan komunikasi melalui internet lebih banyak kelebihan contohnya dapat menjimatkan masa komunikasi antara pihak lain,komunikasi boleh dilakukan secara perbincangan dalam kumpulan,maklumat yang di ambil daripada internet boleh dihantar kepada sesiapa sahaja dan banyak lagi kelebihan yang lain.

Selain itu,pembelajaran mengenai blog juga dapat membantu kami mengolahkan apa yang kami fahami di dalam pembelajaran kepada penulisan yang beretika.Melalui blog juga saya merasakan pembelajaran berfikir secara kritis dan kreatif dapat dilakukan tanpa disedari kerana penulisan secara beretika perlu diteliti dengan baik supaya tiada pihak lain tersinggung dengan luahan atau pandangan yang kita cuba sampaikan.Disamping itu,blog juga memberikan maklumat yang menarik dengan banyak pandangan ditulis orang ramai di ruangan masing-masing membuatkan pembaca dapat membuat kesimpulannya sendiri.

Dengan merujuk kepada group ge1155,banyak tatacara yang di gariskan oleh Dr. Fatimah dalam menulis blog dan sebagainya dengan sempurna perlu kami ikuti untuk mencapai hasil pembelajaran khusus komputer dalam pendidikan.Group ge1155 merupakan group ketua koordinator khusus ini yang mana maklumatnya perlu kami lihat dari semasa ke semasa kerana apa sahaja masalah,pengumuman,tunjuk ajar atau file-file yang berkaitan ada dimuat turunkan di group ini.

Kesimpulannya pada minggu ini kami telah mempelajari kaedah berkomunikasi secara alam maya menggunakan internet dan cara berkomunikasi menggunakan group.Oleh itu,pada minggu seterusnya kami perlu lebih cekap dan peka dalam melaksanakan tugasan ini kerana setiap minggu tugasan akan berlainan dan semakin mencabar.Jikalau kami tidak menyiapkan tugasan yang ditetapkan setiap minggu maka pada minggu seterusnya akan menjadi masalah kepada kami untuk melaksakan tugasan dengan sempurna kerana tugasan diberikan adalah berkaitan antara satu sama lain.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan pada minggu ini bersama anda semua dan saya mengharapkan pada setiap minggu saya dapat berkongsi maklumat berkenaan khusus ini dengan anda semua..Sekian terima kasih.

Thursday, 6 October 2011

Minggu Pertama Pembelajaran Komputer dalam Pendidikan

Assalamualaikum w.b.t...

Pertama sekali saya bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan universiti terkemuka di Malaysia dan juga di asia tenggara malahan di dunia juga.Saya merupakan mahasiswa tahun satu dari fakulti pendidikan dalam program ijazah sarjana muda  sukan dan rekreasi.Bagi saya pembelajaran komputer dalam pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang sangat menarik kerana di fakulti lain tidak diberi pendedahan berkenaan pembelajaran dalam komputer ini.Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran wajib fakulti pendidikan di UKM ini dan ia juga merupakan mata pelajaran yang perlu kami ambil untuk melayakkan kami menjadi seorang guru apabila graduate nanti.Barangkali ada satu persoalan di sini  yang saya ingin lontarkan untuk sama-sama kita fikirkan,adakah mata pelajaran ini memberikan kepentingan kepada bakal guru pada masa hadapan kerana kita lihat pada hari ini teknologi semakin hari semakin berkembang maju dan mungkin pada masa hadapan kita tidak menggunakan teknologi sedemikian ini.

Pandangan terhadap mata pelajaran komputer dalam pendidikan.

Walau bagaimanapun,apabila mempelajari mata pelajaran ini pada minggu pertama saya merasakan ianya sangat menarik untuk kita semua menelaah ilmu ini semakin mendalam.Tidak dinafikan pada mulanya amat kekok untuk kami membuat tugasan yang diberikan dengan sempurna tetapi kami tetap juga berusaha untuk memperkemaskan tugasan yang diberikan dari semasa ke semasa.Pada permulaan sesi pembelajaran ini mata pelajaran ini juga saya merasakan tidak berminat untuk dipelajari kerana ia sangat memeningkan saya.Walhal rakan-rakan saya juga berkerut dahi memikirkan apa yang akan mereka tempuh dalam tempoh enam bulan ini iaitu selama satu semesta.Dalam pada itu kami perlu berkeyakinan tinggi untuk menempuh cabaran yang sukar seperti ini dan cabaran lebih sukar daripada ini kerana itulah adat seorang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.Pada pandangan saya mata pelajaran ini akan semakin menarik apabila kita mempelajarinya semakin mendalam.

Pemahaman pembelajaran pada minggu pertama

Pada minggu pertama,saya telah didedahkan dengan proforma khusus iaitu langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh pelajar dalam tempoh satu semesta ini.Proforma ini telah disediakan oleh ketua khusus ini iaitu Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin di mana ia menggariskan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dalam khusus ini dan ia juga menggariskan pembelajaran dalam komputer contohnya berkenaan dengan microsoft,software,komunikasi melalui alam maya seperti email,facebook,blog dan sebagainya.

Kami juga pada minggu pertama telah diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil kerana tugasan yang diberikan melibatkan kepada aktiviti secara kumpulan.Pengagihan ini telah dilakukan dengan bimbingan pensyarah yang ditetapkan pada setiap kumpulan yang besar dengan satu kumpulan kecil ditetapkan  hanya dua atua tiga orang sahaja.Hal ini memberi kami satu ransangan untuk bekerja secara individu dan secara kumpulan serta hubungan silaturahim juga dapat dijalinkan melalui aktiviti ini.

Oleh itu,saya berharap pembelajaran komputer dalam pendidikan ini dapat meningkatkan ilmu saya berkenaan teknologi moden masa kini dan saya akan cuba sedaya upaya untuk mempelajari dengan sebaiknya kerana peluang sebegini tidak dapat dirasai oleh semua orang di zaman moden ini.Saya juga mengharapkan khusus ini menjadi sebagai batu loncatan kepada saya untuk bergelar sebagai seorang guru yang profesional apabila berkhidmat untuk masyarakat suatu hari nanti.