Anda semua bagaimana?masih ceria dalam menuntut ilmu yang di fardhukan kepada kita sebagai umat islam atau masih di dalam kepompok yang lama seperti katak di bawah tempurung.Islam melarang umatnya tidak menuntut ilmu dan melarang umatnya tidak melakukan sesuatu kerja untuk menyara kehidupan mereka sendiri.Perkara ini banyak berlaku pada remaja di luar sana khususnya remaja yang baru tamat pengajian di sekolah dan tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, serta ia juga berlaku kepada mahasiswa yang sudah bergraduate.Mereka ini akan menyebabkan negara menghadapi masalah yang meruncingkan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menanggung rakyat yang kurang berpendapatan seperti mereka ini.Hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan cara sikap remaja itu sendiri perlu diubah dahulu sebelum tindakan lain diambil dengan cara yang lebih berkesan.
Kita perlu tahu bahawa masa kini banyak kemudahan-kemudahan canggih yang memberi faedah kepada kita semua.Kita semua perlu mempelajarinya agar kita tidak dilabelkan sebagai seorang yang ketinggalan dalam kehidupan ini.Oleh itu,dikesempatan ini saya ingin memberikan serba sedikit pengajaran atau pelajaran kepada anda semua terhadap apa yang telah saya pelajari dalam melaksanakan assignment yang diberikan.Tajuk assignment yang diberikan kepada saya berkenaan dengan 21st century skills atau jika di melayukan bermaksud adab kemahiran 21.
Pada era moden ini,semua orang perlu memperkukuhkan ilmu mereka setanding dengan teknologi yang semakin berkembang dari semamasa ke semasa.21st century skills merupakan satu matlamat untuk memperkembangkan ilmu teknologi moden kepada guru-guru masa kini agar dapat diterapkan dalam proses pengajaran.Disebabkan pelajar masa kini hidup dalam teknologi canggih seperti kemudahan internet dan sebagainya maka guru-guru juga perlu sealiran dengan mereka supaya guru tidak dianggap ketinggalan dalam teknologi semasa.Dalam 21st century skills ada diterapkan pekara yang guru perlu pelajari.Contohnya seperti mengetahui berkenaan dengan open source,mikrosof,software dan sebagainya.
Selain itu, 21st century skills juga mempunyai cabaran antaranya adalah ramai guru yang kurang mahir dalam menggunakan teknologi ICT contohnya seperti komputer.Hal ini kerana teknologi ini tidak wujud pada zaman dahulu semasa guru-guru bersekolah tetapi wujud pada zaman mereka mengajar di sekolah.Guru-guru mesti mengubah cara pengajaran mereka di sekolah agar dapat melahirkan insan yang lebih kritis dan kreatif dalam berfikir.Dengan itu guru-guru harus mengubah konsep pengajaran secara tradisional kepada pengajaran secara moden.Sebelum mengajar konsep secara moden, guru-guru mestilah mahir dalam mengendalikan alatan canggih yang digunakan dalam sesi pembelajaran.Oleh itu, cabaran besar ini harus di tempuh oleh semua guru, mahu atau tidak perkara ini amat penting untuk kita melonjakkan negara setanding dengan negara lain.
Waluapun kita melihat bahawa cabaran melaksanakan 21st cntury skills ini besar tetapi ianya juga mempunyai faedah atau kebaikan kepada kita semua.Antaranya faedah yang kita perolehi adalah ramai pelajar akan mahir dalam menggunakan teknologi moden dan seterusnya akan melahirkan ramai buruh mahir yang mana pada hari ini banyak kekosongan jawatannya.Yang sedia adapun tidak mencapai kelayakan maksimum.Hal ini menampakkan bahawa tugas berat harus dipikul oleh guru-guru masa kini untuk melahirkan buruh mahir bagi negara.Jikalau 21st century skills ini berjaya dilakukan maka hasrat negara untuk setanding dengan negara lain di dunia ini tidak mustahil dapat dicapai.Perkara ini sebenarnya tidak mustahil kerana sudah ada negara lain yang maju disebabkan oleh penekanan yang diberikan dalam teknologi canggih kepada pelajar mereka.Cuba kita pada hari ini,China merupakan sebuah negara dari asia yang dapat bersaing dengan negara di eropah yang mana negara di eropah ini lebih maju daripada negara-negara di asia.Oleh kerana penekanan yang diberikan terhadap teknologi, China pada hari ini telah dapat mencipta pelbagai alatan canggih yang jauh lebih baik daripada negara-negara di eropah.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat bertanggungjawab kepada diri sendiri,ibu bapa dan kepada negara untuk menuntut ilmu dengan sebanyaknya.Kerja yang kita lakukan ini haruslah dilakukan dengan sebaiknya agar hasil yang kita perolehi adalah yang menakjubkan.Oleh itu saya mengharapkan dengan perkongsian ilmu berkenaan dengan 21st century skills ini dapat memberi input kepada anda semua dan semoga kita sama-sama mempelajari lebih banyak lagi ilmu berkenaan dengan teknologi moden ini.
No comments:
Post a Comment