Assalamualaikum w.b.t...
Pertama sekali saya bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan universiti terkemuka di Malaysia dan juga di asia tenggara malahan di dunia juga.Saya merupakan mahasiswa tahun satu dari fakulti pendidikan dalam program ijazah sarjana muda sukan dan rekreasi.Bagi saya pembelajaran komputer dalam pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang sangat menarik kerana di fakulti lain tidak diberi pendedahan berkenaan pembelajaran dalam komputer ini.Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran wajib fakulti pendidikan di UKM ini dan ia juga merupakan mata pelajaran yang perlu kami ambil untuk melayakkan kami menjadi seorang guru apabila graduate nanti.Barangkali ada satu persoalan di sini yang saya ingin lontarkan untuk sama-sama kita fikirkan,adakah mata pelajaran ini memberikan kepentingan kepada bakal guru pada masa hadapan kerana kita lihat pada hari ini teknologi semakin hari semakin berkembang maju dan mungkin pada masa hadapan kita tidak menggunakan teknologi sedemikian ini.
Pandangan terhadap mata pelajaran komputer dalam pendidikan.
Walau bagaimanapun,apabila mempelajari mata pelajaran ini pada minggu pertama saya merasakan ianya sangat menarik untuk kita semua menelaah ilmu ini semakin mendalam.Tidak dinafikan pada mulanya amat kekok untuk kami membuat tugasan yang diberikan dengan sempurna tetapi kami tetap juga berusaha untuk memperkemaskan tugasan yang diberikan dari semasa ke semasa.Pada permulaan sesi pembelajaran ini mata pelajaran ini juga saya merasakan tidak berminat untuk dipelajari kerana ia sangat memeningkan saya.Walhal rakan-rakan saya juga berkerut dahi memikirkan apa yang akan mereka tempuh dalam tempoh enam bulan ini iaitu selama satu semesta.Dalam pada itu kami perlu berkeyakinan tinggi untuk menempuh cabaran yang sukar seperti ini dan cabaran lebih sukar daripada ini kerana itulah adat seorang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.Pada pandangan saya mata pelajaran ini akan semakin menarik apabila kita mempelajarinya semakin mendalam.
Pemahaman pembelajaran pada minggu pertama
Pada minggu pertama,saya telah didedahkan dengan proforma khusus iaitu langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh pelajar dalam tempoh satu semesta ini.Proforma ini telah disediakan oleh ketua khusus ini iaitu Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin di mana ia menggariskan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dalam khusus ini dan ia juga menggariskan pembelajaran dalam komputer contohnya berkenaan dengan microsoft,software,komunikasi melalui alam maya seperti email,facebook,blog dan sebagainya.
Kami juga pada minggu pertama telah diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil kerana tugasan yang diberikan melibatkan kepada aktiviti secara kumpulan.Pengagihan ini telah dilakukan dengan bimbingan pensyarah yang ditetapkan pada setiap kumpulan yang besar dengan satu kumpulan kecil ditetapkan hanya dua atua tiga orang sahaja.Hal ini memberi kami satu ransangan untuk bekerja secara individu dan secara kumpulan serta hubungan silaturahim juga dapat dijalinkan melalui aktiviti ini.
Oleh itu,saya berharap pembelajaran komputer dalam pendidikan ini dapat meningkatkan ilmu saya berkenaan teknologi moden masa kini dan saya akan cuba sedaya upaya untuk mempelajari dengan sebaiknya kerana peluang sebegini tidak dapat dirasai oleh semua orang di zaman moden ini.Saya juga mengharapkan khusus ini menjadi sebagai batu loncatan kepada saya untuk bergelar sebagai seorang guru yang profesional apabila berkhidmat untuk masyarakat suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment