Sunday, 9 October 2011

Minggu Ke-2 Sesi Pembelajaran Komputer dalam Pendidikan

Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum w.b.t.Apa khabar anda semua,di harapkan semuanya sihat belaka.

Pada minggu lepas saya telah membincangkan berkenaan dengan pandangan dan pemahaman saya berkenaan dengan khusus komputer dalam pendidikan.Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya telah pelajari dan dapati daripada proses pembelajaran khusus ini.Sebelum itu saya ingin membawa anda semua merenung satu mutiara kata dari seorang tokoh terkemuka iaitu Nelson Mandela yang merupakan seorang aktivis dalam menentang dasar Apartied.Beliau telah mengatakan bahawa "pendidikan adalah senjata paling dasyat yang dapat kita guna untuk mengubah dunia".Hal ini sangat berkaitan dengan proses kehidupan kita seharian walaupun berlainan agama,negara,adat dan cara kehidupan

Pada minggu ini,saya telah diberi tugasan membuat yahoo group,group facebook,menghantar singnature dan memberi pandangan atau ulasan dalam blog seperti yang saya lakukan pada minggu lepas.Perkara ini sangat merunsing pada mulanya kerana sebelum ini saya dan rakan tidak pernah buat perkara tersebut dan memang menjadi satu masalah kepada semua orang untuk melakukan sesuatu perkara pada permulaannya.Namun demikian,dengan bimbingan pensyarah kami dapat melakukan sedikit demi sedikit.Hal ini juga disebabkan oleh tunjuk ajar yang sangat berguna yang diberikan oleh ketua koordinasi kami iaitu Dr.Siti Fatimah Mohd Yasssin tidak kira siang dan malam.

Minggu kali ini,telah banyak kami pelajari berkenaan IT masa  kini kerana tugasan yang diberikan bnyak berkenaan dengan komunikasi alam maya berikutan ianya lebih mudah,cepat dan tidak memerlukan kos untuk berkomunikasi.Jikalau menggunakan teknologi lain seperti sistem pesanan ringkas (SMS) atau perkhidmatan panggilan,ianya sangat berbeza berikutan penggunaan komunikasi melalui internet lebih banyak kelebihan contohnya dapat menjimatkan masa komunikasi antara pihak lain,komunikasi boleh dilakukan secara perbincangan dalam kumpulan,maklumat yang di ambil daripada internet boleh dihantar kepada sesiapa sahaja dan banyak lagi kelebihan yang lain.

Selain itu,pembelajaran mengenai blog juga dapat membantu kami mengolahkan apa yang kami fahami di dalam pembelajaran kepada penulisan yang beretika.Melalui blog juga saya merasakan pembelajaran berfikir secara kritis dan kreatif dapat dilakukan tanpa disedari kerana penulisan secara beretika perlu diteliti dengan baik supaya tiada pihak lain tersinggung dengan luahan atau pandangan yang kita cuba sampaikan.Disamping itu,blog juga memberikan maklumat yang menarik dengan banyak pandangan ditulis orang ramai di ruangan masing-masing membuatkan pembaca dapat membuat kesimpulannya sendiri.

Dengan merujuk kepada group ge1155,banyak tatacara yang di gariskan oleh Dr. Fatimah dalam menulis blog dan sebagainya dengan sempurna perlu kami ikuti untuk mencapai hasil pembelajaran khusus komputer dalam pendidikan.Group ge1155 merupakan group ketua koordinator khusus ini yang mana maklumatnya perlu kami lihat dari semasa ke semasa kerana apa sahaja masalah,pengumuman,tunjuk ajar atau file-file yang berkaitan ada dimuat turunkan di group ini.

Kesimpulannya pada minggu ini kami telah mempelajari kaedah berkomunikasi secara alam maya menggunakan internet dan cara berkomunikasi menggunakan group.Oleh itu,pada minggu seterusnya kami perlu lebih cekap dan peka dalam melaksanakan tugasan ini kerana setiap minggu tugasan akan berlainan dan semakin mencabar.Jikalau kami tidak menyiapkan tugasan yang ditetapkan setiap minggu maka pada minggu seterusnya akan menjadi masalah kepada kami untuk melaksakan tugasan dengan sempurna kerana tugasan diberikan adalah berkaitan antara satu sama lain.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan pada minggu ini bersama anda semua dan saya mengharapkan pada setiap minggu saya dapat berkongsi maklumat berkenaan khusus ini dengan anda semua..Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment