Sudah lama mempelajari subjek ini sedar-sedar sudah masuk minggu ke 5 dan 6 .Pada minggu ini tugasan berkenaaan dengan kajian di dalam tajuk yang telah dipilih.Kajian atau lebih tepat lagi soal selidik ini dilakukan menggunakan survey monkey dan juga google doc.
Soal selidik menggunakan survey monkey ini dilakukan setiap orang.Soal selidik ini telah diedarkan melalui teknologi maya iaitu menggunakan laman sesawang facebook kerana setiap orang dianggarkan mempunyai akaun facebook ini.Oleh itu,rakan-rakan akan dapat meluangkan masa untuk menjawab soalan ini serta menggunakan facebook juga memudahkan kerja kerana tidak perlu diedarkan kertas untuk orang lain menjawabnya.
Berikut adalah menunjukkan kajian yang di muat naik ke facebook saya untuk rakan-rakan saya melengkapkannya.
Berikut adalah soalan-soalan pilihan yang menggunakan survey monkey.Tujuan soalan ini dibuat adalah untuk mendapat maklum balas dari rakan-rakan saya berkenaan kajian yang dilakukan.Dengan maklum balas tersebut,keputusan dapat dianalisis dengan sempurna.
Seterusnya,kajian ini juga dilakukan dalam bentuk edaran kertas untuk di edarkan kepada pelajar di dalam kampus.Soalan yang di buat ini berbeza dengan soalan seperti di atas kerana ianya menggunakan google doc untuk membuat soalan.Bilangan soalan masih sama iaitu sebanyak sepuluh soalan tetapi soalannya berbeza dengan soalan yang menggunakan survey monkey.Hal ini kerana soalan yang di buat menggunakan google doc ini merupakan kerja berkumpulan dan keputusan yang diperoleh juga merupakan keputusan hasil penggabungan soalan ahli kumpulan di dalam survey monkey masing-masing.
Pada mulanya untuk membuat soalan menggunakan google doc perlulah memasuki laman web google doc iaitu pada laman web berikut https://docs.google.com/
Untuk membuat soalan,terdapat dua kaedah iaitu menggunakan document atau pun form.Soalan yang dibuat adalah digalakkan menggunakan form kerana bentuk jawapan dapat dipilih mengikut kesesuaian masing-masing contohnya jawapan boleh dibuat dalam bentuk pelbagai pilihan,skala,pilih dari senarai,kotak semak dan sebagainya.
Bentuk jawapan menggunakan bentuk pelbagai pilihan jawapan
Bentuk jawapan menggunakan bentuk kotak semak
Bentuk jawapan menggunakan bentuk skala
Soalan yang dibuat mengikut kreativiti masing-masing.Dengan menggunakan pelbagai cara yang ada dalam google doc ini maka keputusan juga dapat di peroleh dengan matlamat yang tepat berkenaan dengan soal selidik yang telah dilakukan.Berikut adalah beberapa contoh bentuk soalan yang dibuat menggunakan google doc.
Jawapan yang diberikan akan dikumpul untuk dimasukkan dalam data untuk dibuat analisis.Analisis ini akan dilakukan pada minggu 7 dan 8 dalam proses pembelajaran subjek komputer dalam pendidikan ini.Maklumat yang telah dikumpul ini akan dimasukkan dalam statistical package for social science (SPSS) pada minggu seterusnya.
Rumusan yang dapat saya lakukan pada minggu ini adalah penggunaan survey monkey ini dapat memudahkan dan mempercepatkan kajian dilaksanakan dengan sistematik.Google doc pula mempunyai kerja yang agak rumit tetapi kesannya juga lebih memberansangkan seperti data yang diperoleh hasil soal selidik melalui edaran kertas perlu dibuat statistik dan analisis.
Kedua-dua laman web ini juga mempunyai perbezaan,antaranya dari segi komunikasi dan kemahiran ICT.Jikalau mengguanakan survey monkey komunikasi tidaklah begitu berkesan kerana soalan hanya dilontarkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi rakan facebook kita berbanding dengan google doc,komunikasi dengan masyarakat dapat ditonjolkan untuk meminta orang lain menjawab soalan tersebut.Berkenaan dengan kemahiran ICT pula google doc dapat memberi kemahiran menggunakan data melalui internet lebih daripada survey monkey kerana perlu memasukkan data sendiri di dalam komputer dan seterusnya perlu membuat analisis sendiri.Berbanding dengan survey monkey,keputusan data diperoleh dengan data yang sedia ada di dalam komputer dan cuma di proses oleh sistem sahaja maka dengan itu keputusan kajian terhasil dengan sendirinya.







